Monday, August 16, 2010

10 Tips Elakkan Pergaduhan Dalam Hubungan

.





Gaduh! sesiapa pun pernah bergaduh. Samada gaduh dengan kawansebilik, kawan serumah ataupun semasa bercinta. Ada apa dengan gaduh?Ada baiknya kita bergaduh. Ada juga kesedaran diri untuk dirimasing-masing. Tanpa bergaduh takdalah masam-manisnya. Kadang-kalapergaduhan juga membantu menambahkan keeratan setiap perhubungan. Peace!!!



Kawal Emosi"Chill lah!!"

Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambiltindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yangberlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atauperasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidakcuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.



Jangan Cari Pasal – "Ko apehal tak puas hati!"

Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-samasebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perludiingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.



Jujur dan Saling percaya-mempercayai – "Saya percaya awak"

Dua perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupunpercintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwinatau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si diaadalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.



Berterus-terang – "Saya mengaku berjumpa dengan kawan lama saya Rina Aritu"

Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindungtentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannyadan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupunada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.



Bersikap Terbuka – " It's okay sayang, I tak kesahpun"

Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlaluambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.



Jangan Ungkit Perkara Lalu – "Aku tahu ko pernah mencuri kan?"

Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalutanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akanmerosakkan hubungan yang sedia terjalin.



Jangan Bandingkan Dia – "Ko ni sama je dengan Bobo,busuk perangai macam kambeng!"

Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlutahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan denganorang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamusendiri.BuangSikap Ego – "Aku rileks je"Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal.Tidak kemananya ego kamu itu.



Jangan Sikap Mengongkong – "Pergilah kalau tak kauakan menyesal!"

Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupunadik-beradik. Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan diaberbuat apa sahaja apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhakuntuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama-sama denganteman-temannya. Begitu juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dantidak mahu ditemani sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimanakamu mahu orang lain memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri. Jangan buat dek plak!!



Setia – "Syukur alhamdulilah, aku tak pernah curang"

Ini juga untuk mereka yang sedang bercinta. Jangan sesekali berlakucurang terhadap temanmu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungantersebut. Jika tidak sudah tentu kamu akan bertukar ganti pasanganbagaikan menukar baju. Jangan sampai diri kamu dianggap 'murahan' dan senang dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangkamasa yang singkat.?



Kredit - Md Redzuan





.

Sunday, August 15, 2010

Cara Penjagaan Kanak2 yg Berkualiti..

.


jeng jeng!! pelik en tajuuk tu?? adakah iwan bakal menimang cahaya mata hidung kaki dan lidah? ooh tidak sama sekali!!


actcoly mlm ni ku membantu nurul shuhada bwat essainmen dia.. tajuk dia adalah strategi penjagaan bayi dan kanak-kanak yang berkualiti..


mcm pelik en?? strategi utk menjaga kanak2 yg berkualiti.. kesian kuut kanak2 yg ta berkualiti di abaikan.. :(


urait urait!! dlm menge-search google.. ku ter-akses ke gmbar ini!!




cooool kan??
hahaa!! xD




.

Tuesday, August 3, 2010

Ramadhan ku yg ke-20

.







bulan Ramadhan, bulan yg mulia~ wahhhhh!! puasa da dekat wehhh!! korang da ready x nk byk kan amalan time bulan ni?? pahala dilipat gandakan kutt?? awwwww aku rindukan ramadhan ku tahun lepas.. ramadhan yg telah byk merubah lahiriah, serta batiniah ku.. :) tp ubah time ramadhan je kutt? ciss ta gune punye iwan.. ~_~'' oohh oke oke kt bawah ni ku ade copy artikel tentang KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN.. read it if u dare!! ;) artikel dia agak panjang~ jadi, take ur time.. ape salah nye luangkan sedikitt mase utk ilmu akhirat kan?? ta rugi punye?? kite hidup di dunia ni hanye sementara.. kt akhirat lak, selame lame lame lame lamenye!! ;) orait jum start!!




Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Bulan Ramadan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain. Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah:

1. Disyariatkan Ibadah Puasa

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana pada bulan ini disyariatkan ibadah yang amat mulia di sisi ALLAH, iaitu puasa. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu." ­- Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya , hadis no: 9133.

2. Bulan Diturunkan Al-Quran

Kalamullah al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh umat Islam beriman bahawa al-Quran merupakan kitab yang menjadi petunjuk bagi sekalian hamba ALLAH untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Firman ALLAH S.W.T:

"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." - Surah al-Baqarah: 185.

3. Pintu Syurga Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.

4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA) Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka. ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." ­- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.

5. Pintu Langit Terbuka Luas

ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat

Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

7. Syaitan dan Jin Dirantai

Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain. Ini kerana, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.

Namun, persoalan yang timbul di sini bahawa sekiranya syaitan dan jin dibelenggu pada bulan Ramadan mengapa manusia masih melakukan kemungkaran pada bulan ini? Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata:

"Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan." - Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya tentang kebenaran fakta kewujudan syaitan mahupun jin dari jenis manusia. Sebenarnya ALLAH sendiri telah memerintahkan kita agar berwaspada dan memohon perlindungan kepada-NYA dari hasutan kelompok seperti ini.

Firman ALLAH S.W.T:

"Katakanlah (wahai Muhammad): AKU berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia, yang Menguasai sekalian manusia, TUHAN yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik) dari kalangan jin dan manusia." – Surah al-Nas: 1-6.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya maksiat dan kemungkaran masih wujud pada bulan Ramadan yang mulia ini. Malah, pada bulan ini kita sebenarnya berkesempatan untuk berkenalan dengan spesis syaitan atau jin dari kalangan kaum manusia. Ya! kita dapat mengenali spesies ini melalui sikap mereka yang enggan mentaati perintah ALLAH. Semoga kita semua terhindar dari tergolong dalam kelompok yang hina ini.

8. Pada Bulan Ini Terdapat Lailatul Qadar

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar.

Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." – Surah al-Qadr: 1-5.

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

Apakah itu Lailatulqadar?

Tentang makna al-Qadr, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dari sini dapat kita fahami bahawa lailatulqadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan ALLAH serta ALLAH akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadah pada malam itu. Selain itu, apa sahaja yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya ditetapkan oleh ALLAH pada malam itu.

Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatulqadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan bahawa malam Nisfu Sya’ban merupakan malam ALLAH menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya. Disebabkan oleh kekeliruan ini, mereka telah menciptakan pelbagai ibadah yang khusus seperti membaca surah Yasin sebanyak tiga kali diselang-selikan dengan doa-doa yang tertentu agar tahun yang mendatang bakal lebih baik dari tahun itu. Ternyata amal ibadah itu termasuk bid’ah paling mungkar kerana tidak ada contoh daripada Rasulullah s.a.w dan wajib ditinggalkan. Rasulullah s.a.w telah mencela amalan bid’ah melalui sabdanya:

"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (sunnah) serta seburuk-buruk perkara adalah sesuatu yang diada-adakan dalam agama dan setiap yang diada-adakan termasuk kategori bid’ah dan semua bid'ah itu menyesatkan." - Hadis riwayat Muslim dalam Sahihnya, hadis no: 867.

Keistimewaan malam yang penuh berkat ini diperjelaskan lagi oleh ALLAH melalui firman-NYA:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang penuh berkat. (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran) pada malam yang berkat itu, di samping menjelaskan (kepada malaikat) semua perkara yang mengandungi hikmah serta takdir yang akan berlaku." – Surah al-Dukhaan: 3-4.

Bilakah Berlakunya Lalitaulqadar?

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, hadis no: 2017.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1165.

Kombinasi dari kedua-dua hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Ini kerana, pada sepuluh malam terkahir inilah Rasulullah s.a.w mempergiatkan ibadahnya.

Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1174.

Ibadah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ketika berada di bulan Ramadan, antaranya mempergiatkan ibadah qiamullail (solat malam), memperbanyakkan doa, berzikir, membaca al-Quran dan amal soleh yang lain. Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib r.a:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat):

"Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU. AKU juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. AKU juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang layak bagi Zat-MU." – Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad dan selainnya.

Kredit - Minda Akob
http://akob73.blogspot.com/



jadi kawan-kawan, rakan-rakan, sedare-mare, sahabat handai, pacik2, macik2, adik2, akak2, abg2, ibu ibu, bapak bapak~ da tawu kan ape hikmah bulan ramadhan ni?? ;)




oke di sini ku doakan agar di bulan Ramadhan yg mulia nnti, harap kite sume mendapat barakah, petunjuk hidayah dan inayah dari Allah.. smoga kita semua dipanjangkan umur, di murahkan rezeki, dan di jauhkan dari wabak penyakit.. kpd yg berniaga, ku doakan perniagaan korang memperoleh hasil yg lumayan lg halal dan diberkati oleh Allah.. kpd yg sedang study, ku doakan korang dilapangkan dada supaya mudah menerima apa yg di ajar.. ;) oke oke, cukup kot? ramadhan blom tibe lg~



Selamat Menyambut
Ramadhan Al-Mubarak




.